Powered By Blogger

Tuesday, 15 March 2011

MeNcArI CINTA.....

Dalam kamar rahsia terhuyung hayang aku
kemabukan mencari makna sebenar cinta.....
Tika sedang teman-teman seusia remaja ku
terjun bergelora bersama seribu makna cinta
Dunia......


Aku teraba-raba dalam terang
tercari-cari makna cinta
Mengintai dari kamar rindu
kepada-Nya


Kutemui keresahan
pabila mengenang dosa terpalit noda
terasa bagai tidak layak
mencari cinta agung-Mu


Tuhan
kurniakan aku seribu Musa
sepetah Harun
seteguh Yahya
untuk aku renangi lautan bergelora
dalam mencari cinta
seribu dosa.....

warkah c!nta!!.....


ketika perjalanan pulang sajak telah ku ukir.....
WARKAH CINTA

 
SEHARUM MAWAR MERAH,
terlakar takkala bertemu,
mencipta satu evolusi,
yang dinamakan cinta.







NAMUN,
seandainya cinta itu,
bagaikan hujan yang menurunkan permata,
adakah kita akan menbasahi sanubari bersama.
TAKKALA CINTA DIHADAPAN MATA,
adakah nafsu sebagai nakhoda,
melakar cinta bersama,
namun adakah ia selama-lamanya.
JADIKAN NAFSU SEBAGAI HAMBA,
dan pimpinlah ia kemana-mana,
menbawa kebahagiaan yg nyata,
mencipta mahligai bahagia,
buat selama-lamanya.

Hapuskan penyakit Hati

Hapuskan Penyakit Hati iaitu SOMBONG kaedah imam ghazali

pertama:apabila bertemu kanak2,anggaplah mereka itu mulia dari kita kerana kanak2 masih belom banyak melakukan dosa berbanding kita yang sudah lalai dengan dosa

kedua:apabila bertemu dengan org tua anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana org tua lebih banyak ibadat berbanding kita....

ketiga:apabila bertemu org alim anggaplah mereka itu lebih mulia dari kita kerana ilmu mereka pelajari lebih banyak dripada kita

keempat:apabila bertemu org jahil,anggaplah mereka mulia dari kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan terang terangan

kelima:apabila melihat org jahat,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin satu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya

keenam:apabila melihat org kafir,berdoalah kepada mereka agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah..........

Mencari makna CiNtA

  • Dalam kamar rahsia terhuyung hayang aku
  • kemabukan mencari makna sebenar cinta...
  • Tika sedang teman-teman seusia remaja ku
  • terjun bergelorabersama seribu makna cinta Dunia... 

  • Aku teraba-raba dalam terang
  • tercari-cari makna cinta 
  • Mengintai dari kamar rindu
  • kepada-Nya